Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

#10 Berakhirnya November

Alhamdulillah. Bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Kau masih panjangkan umurku untuk beribadat kepadaMu, sujud kepadaMu. Ampunkanlah aku atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bukakanlah hatiku ini, bukakanlah hati kami Ya Allah. Tunjukkan kami jalanMu yang benar.

November, dugaan suka duka paling hebat tahun ini. Semoga dipermudahkan. Kami hanya insan yang lemah. Kadang-kadang tergelincir dari landasan sebenar.

Tuesday, October 30, 2012

#9 Kesalahan Pengguna Jalan Raya

Ini antara kesalahan-kesalahan pengguna-pengguna jalan raya yang aku dapat detect sepanjang aku memandu kereta pergi kerja dan balik kerja.

1. Berhenti dalam petak kuning
- disebabkan kereta kau seketul kat tengah-tengah petak tu, pengguna lain tak dapat lalu.

2. Potong line ikut emergency lane
- woi! orang lain pun nak cepat jugak. Orang macam ni memang aku tak bagi can masuk lane. Kita penat-penat ikut giliran, tuptup ada potong line secara haram. Ini boleh mendatangkan kemarahan.

3. Tak bagi signal 
- yang ni memang kerap sangat. Apa, kau ingat kami-kami ni tau ke kau nak pegi kanan, kiri? Lampu signal tu jadi perhiasan je gamaknya.

4. Mencelah time traffic jam
- dah la tak bagi signal, angkat tangan pun tidak. Rasa nak langgar je (aha, macam dalam iklan)

5. Pandu macam siput kat lane paling kanan
- hoi! kau tak nampak ke kereta berderet-deret kat belakang kereta kau tu? Siap bagi lampu lagi. Grrr...

6. Tak pasang lampu time hujan
- kereta mahal, mentol tak mampu beli

No. 3 adalah kesalahan yang paling banyak mendapat anugerah makian daripada aku. hahaha... Anda bagaimana?

#8 28 Tahun Encik Suami

28 Oktober 2012 hari tu adalah hari lahir En. Suami yang ke 28 tahun. Hoho... Sebelum ni dalam FB, aku ada mention nak cari Sony PSP sebagai hadiah. Tup-tup satu hari tu, aku terlepas cakap nak bagi hadiah PSP kat dia. Dah tak seprise. Tapi, dia bagitau, dia taknak PSP. Dia nak duit cash. Amboiiii... mata duitan sungguh. So, kensel la nak bagi PSP.

Dia dah plan awal-awal nak gi celebrate dengan kawan-kawan dia kat Desaru. Kemain Desaru. Malam Ahad tu, baru celebrate dengan family (potong kek sekali dengan Mama sebab birthday Mama esoknya). Kek Angry Bird merah. Hahahaha...Hasil pilihan aku dengan adik ipar (tak sempat snap gambar kek, aku duk sibuk dukung Aishah mongel).

Nak dijadikan cerita malam tu, Haris duduk atas pangku Pak Uteh dia berdepan dengan kek tu. Entah macam mana agaknya Haris excited sangat nak tengok kek Angry Bird dari dekat, tersadung sikit kepala dia kat kek tu. Adoila..nasib kek tak penyek. Cuma rambut Haris je tercalit krim merah menyala Angry Bird. Nasib baik Pak Uteh dia cekap tangkap badan dia dari terus jatuh atas kek. Hihihi...Kesian anak mama. Dapat la minyak rambut krim merah :) Ada aku post gambar dia tengah makan kek tu kat Instagram. Comot-comot mulut.




Thursday, October 18, 2012

#6 Hati Berdarah

Pernah derma darah? Tak pernah? Kenapa? Owhh...ada masalah. Takpe-takpe. Dimaafkan. Yang takde masalah tu, kenapa belum derma darah? Ahhaa....takut jarum?? Haihh....alasan.

Kelmarin ada kempen derma darah kat kampus. Aku memang bersemangat nak derma. Last sekali derma tahun 2009 (ceh, padahal tu baru 1st time pun). Ahahahaa... Lepas tahun tu, dah tak derma. Sebab? Pegnenkan anak-anak secara eksklusif. Wah gitu.. Time pegnen mana boleh derma darah. Lepas beranak, kena tunggu 6 bulan (kalau tak silap) baru bleh derma. Tapi, tak sempat nak sampai 6 bulan, tereksiden plak pegnen si adik. huahuahua...haruslah pegnen eksklusif kan. Heh..

Tahun ni tu la, ingat nak derma memandangkan umur Aishah da 8 bulan. Memang boleh sangat. Nak-nak pulak ada kempen ni kat kampus, so tak payah nak susah-susah pegi hospital ke, pusat darah negara ke untuk derma kan. Hari sebelum tu, dah berpakat dengan Nurul nak derma sekali. Tup-tup balik kerja, keluar   la pulak Si Merah. Wuwuwuwuwuu... punah harapan nak tambah sijil. Sudahnya, tunggu la kempen derma darah akan datang. Bila? Tak tau lagi...

*tajuk post tak memadan ;)

Wednesday, October 17, 2012

#5 Muhasabah Diri Sendiri

Pernah tak korang dapat email yang macam ni daripada bos korang?

Haaaaa.....amik ko terkena. Email daripada bos aku sendiri yang diterima hari ni. Mesti dia tak tahan gila dengan kebisingan budak-budak opis ni (termasuk aku). Serius kalau aku pun, akan buat benda yang sama. Korang bayangkan. Bos ni dah la sibuk dengan kerja-kerja dia. Nak-nak minggu konvo ni. Lagi la tensi. Yang kitorang ni plak macam tak reti bahasa. Tak tau nak hormat bos. Mentang-mentang la bos tu muda belia, ingat boleh pijak kepala la. Duk bising kukik kukik ketawa bedekah entah apa yang kelakar sangat tak tau la. Cuba la hormat sikit bila bos ada tu. Nak berdekah ketawa pun, usha line dulu, clear ke tak. Ini main belasah je.
Sape la aku nak tegur haipp..shhh...senyap skit bleh tak. Memang annoying. Memang patut bos bagi email macam ni. Sebenarnya aku rasa (ceh, padahal aku bising gak) bos dah lama tahan hati tu. Nak jaga hati punya pasal. Dan email ni buat aku muhasabah diri sekejap. Aku akan perbaiki diri supaya tak melakukan perkara-perkara lagha dalam pejabat. Yeah!!

*hahaha...aku dah edit entry ni. manalah tau ada yg kecik ati :)

Monday, October 15, 2012

#4 Hati Rindu Siapa Yang Tahu

Ecewahhh...tajuk tak bleh blah. Minggu lepas macam biasa balik Pasir Gudang jenguk anak-anak. Pagi tu, nak suruh Haris makan nasi lemak. Letak sikit nasi lemak kosong dalam pinggan dia, pastu panggil dia makan. Dia ambik pinggan tu konon nak gi makan kat depan tv. Dah setengah jalan, dia patah balik datang kat aku. Dia cakap,

Haris : hot..hot..
Mama : tak hot la (aku ingat dia nak cakap nasi tu panas)
Haris : tu..tuu.. (tunjuk kat nasi ada calit sikit sambal)
Mama : ok. dah tak hot (aku buang nasi yg ada sambal tu)

Bijak betul la anak bujang sorang ni. Tapi nasi yang masuk mulut, sikit je. Yang bersepah kat lantai lagi banyak. Takpe la, janji dia ada selera nak makan. Haris sekarang dah 1 tahun 11 bulan. Bulan depan, 19 Nov dia genap 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. Aishah plak sekarang ni dah masuk 8 bulan. Badan dah dekat sama dengan abang Haris dia. Aishah dah pandai merangkak ke depan setapak dua. Masih lagi takut-takut. Hihi..comel.

Sampai sekarang aku masih terkilan sebab tak dapat jaga dorang sendiri. Kadang-kadang bila drive pergi kerja dan balik kerja, teringat kat dorang. Apa dorang buat sekarang ni. Meragam ke, tidur ke, bermain ke. Bila gi makan kat luar dengan abang, mesti teringat. Anak-anak aku kat sana macam mana ek. Dah makan ke dorang. Huhuhuhu...sedih weh. Nampak je luaran macam takde apa berlaku. Tapi dalam hati ni, Allah je tau betapa aku rindu sangat-sangat dekat anak-anak.

Thursday, September 27, 2012

#3 Pecah Lemak

 Hari ni pagi2 lepas breakfast, turun gi stor. Prepare untuk hantar stationery ke yutar Kampar. Banyak kali jugak ulang-alik tolak troli dari stor ke tempat parking box van. Aku tak paham la dengan sistem yutar ni. Apepasal la suka buat kerja yang aku rasa tak masuk akal. Kenapa tak terus order mende-mende alah ni direct terus daripada supplier kat sana? Reason diorang taknak bayaran invoice tu merata (means banyak supplier). Stationery tu bukan nya sikit wahai encik-encik yutar(EEY). Ko bayangkan (kalu pernah tengok) Lever Arch file 3" punya tu, dorang order sebulan dalam 9 kotak. satu kotak ada 24pcs. Bayangkan besar mana kotak tu. Dan bayangkan kitorang yang rendang-rendang ni duk angkat berkotak-kotak letak atas troli, pastu tolak lagi ke tempat box van. Tak campur barang-barang yang kecik lagi. Pastu order macam nak pakai 5 tahun. Punya la banyak.
Dulu lagi teruk. Zaman EEY ni bengap nak meninggal. A4 paper pun nak kena order dari sini. Pastu baru hantar ke Kampar. Aje keje gila. Satu bulan si Kampar order 400-500 reams. Bayangkan aku dengan Su duk mengangkat A4 paper (10reams/kotak) yang berat nak mampus. Boleh buasir tau tak. Pernah pecah rekod, si Kampar order 800 reams sebulan kau. Which means 80 kotak. Berat mata memandang.

Pernah aku dengar satu case dari department lain, dorang bukak quotation nak beli kamera. Si EEY ni boleh terima quotation dari kedai yang nun jauh kat Jalan Bukit Bintang yang harga beza cuma RM1 daripada kedai kat Seksyen 14 ni. Aku macam....perghhhh...akal letak mana weh! Bayangkan kos duit, petrol lagi nak pegi beli kat BB sana. Tambahan jem lagi. Adoi la. aku tak paham dengan dorang ni. Pakkal la aku ni keje sebab nak duit. Kalau sebab kepuasan, aku dah lama caucincau.

*baru 3 entry (berabuk x update)

Saturday, July 28, 2012

#2

owh belum habis cerita pasal tajuk blog. perkataan kedua "kosong" tu sebab aku skang ni suka dengar lagu najwa latiff-kosong. :) tu yang terus terfikir nak letak kosong kat belakang. ehehehe...

http://www.youtube.com/watch?v=DzdXMHaGCTQ

Friday, July 27, 2012

#1

Kenapa kuli kosong? hahaha...sebab aku tak tau nak letak nama blog apa. tadi konon2 nak letak nama saga putih sempena kereta kesayangan. Tapi tak available la pulak. Jenuh mikir nak letak nama apa. main hentam je. Lagipun memang aku kuli apa. Keje makan gaji. Selamat kembali ke dunia blog wahai aku :)