Thursday, September 27, 2012

#3 Pecah Lemak

 Hari ni pagi2 lepas breakfast, turun gi stor. Prepare untuk hantar stationery ke yutar Kampar. Banyak kali jugak ulang-alik tolak troli dari stor ke tempat parking box van. Aku tak paham la dengan sistem yutar ni. Apepasal la suka buat kerja yang aku rasa tak masuk akal. Kenapa tak terus order mende-mende alah ni direct terus daripada supplier kat sana? Reason diorang taknak bayaran invoice tu merata (means banyak supplier). Stationery tu bukan nya sikit wahai encik-encik yutar(EEY). Ko bayangkan (kalu pernah tengok) Lever Arch file 3" punya tu, dorang order sebulan dalam 9 kotak. satu kotak ada 24pcs. Bayangkan besar mana kotak tu. Dan bayangkan kitorang yang rendang-rendang ni duk angkat berkotak-kotak letak atas troli, pastu tolak lagi ke tempat box van. Tak campur barang-barang yang kecik lagi. Pastu order macam nak pakai 5 tahun. Punya la banyak.
Dulu lagi teruk. Zaman EEY ni bengap nak meninggal. A4 paper pun nak kena order dari sini. Pastu baru hantar ke Kampar. Aje keje gila. Satu bulan si Kampar order 400-500 reams. Bayangkan aku dengan Su duk mengangkat A4 paper (10reams/kotak) yang berat nak mampus. Boleh buasir tau tak. Pernah pecah rekod, si Kampar order 800 reams sebulan kau. Which means 80 kotak. Berat mata memandang.

Pernah aku dengar satu case dari department lain, dorang bukak quotation nak beli kamera. Si EEY ni boleh terima quotation dari kedai yang nun jauh kat Jalan Bukit Bintang yang harga beza cuma RM1 daripada kedai kat Seksyen 14 ni. Aku macam....perghhhh...akal letak mana weh! Bayangkan kos duit, petrol lagi nak pegi beli kat BB sana. Tambahan jem lagi. Adoi la. aku tak paham dengan dorang ni. Pakkal la aku ni keje sebab nak duit. Kalau sebab kepuasan, aku dah lama caucincau.

*baru 3 entry (berabuk x update)