Monday, January 28, 2013

#11 2013

Assalamualaikum..

Hohoho....post yang pertama untuk tahun 2013. Punya la berhabuk tak update blog. Tak tau apa bende nak cerita. Coming 10th February, si cantik Aishah genap satu tahun. Ya Allah....kejap nya masa berlalu. Terasa baru lagi mengandungkan dia. Terasa baru lagi bersalin kan dia. Sekarang dah ada 6 batang gigi. Kuat makan, kuat bercakap, suka di agah2, suka diajak bertatih, pandai cium sayang, pandai menari goyang2 badan, pandai cakap "nak!", suka main air. Cepat betul perkembangan dia.

Si Abang Haris, dah banyak bertanya. "Apa ma (mama)?" , "Ane ete atuk (mana keta atuk)?". Dah patut masuk taska. Tapi, mama blum ada masa sayang nak cari taska yang sesuai. Huhuhu....

Tu je nak update... :)

Wednesday, December 12, 2012

#10 Berakhirnya November

Alhamdulillah. Bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Kau masih panjangkan umurku untuk beribadat kepadaMu, sujud kepadaMu. Ampunkanlah aku atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bukakanlah hatiku ini, bukakanlah hati kami Ya Allah. Tunjukkan kami jalanMu yang benar.

November, dugaan suka duka paling hebat tahun ini. Semoga dipermudahkan. Kami hanya insan yang lemah. Kadang-kadang tergelincir dari landasan sebenar.

Tuesday, October 30, 2012

#9 Kesalahan Pengguna Jalan Raya

Ini antara kesalahan-kesalahan pengguna-pengguna jalan raya yang aku dapat detect sepanjang aku memandu kereta pergi kerja dan balik kerja.

1. Berhenti dalam petak kuning
- disebabkan kereta kau seketul kat tengah-tengah petak tu, pengguna lain tak dapat lalu.

2. Potong line ikut emergency lane
- woi! orang lain pun nak cepat jugak. Orang macam ni memang aku tak bagi can masuk lane. Kita penat-penat ikut giliran, tuptup ada potong line secara haram. Ini boleh mendatangkan kemarahan.

3. Tak bagi signal 
- yang ni memang kerap sangat. Apa, kau ingat kami-kami ni tau ke kau nak pegi kanan, kiri? Lampu signal tu jadi perhiasan je gamaknya.

4. Mencelah time traffic jam
- dah la tak bagi signal, angkat tangan pun tidak. Rasa nak langgar je (aha, macam dalam iklan)

5. Pandu macam siput kat lane paling kanan
- hoi! kau tak nampak ke kereta berderet-deret kat belakang kereta kau tu? Siap bagi lampu lagi. Grrr...

6. Tak pasang lampu time hujan
- kereta mahal, mentol tak mampu beli

No. 3 adalah kesalahan yang paling banyak mendapat anugerah makian daripada aku. hahaha... Anda bagaimana?

#8 28 Tahun Encik Suami

28 Oktober 2012 hari tu adalah hari lahir En. Suami yang ke 28 tahun. Hoho... Sebelum ni dalam FB, aku ada mention nak cari Sony PSP sebagai hadiah. Tup-tup satu hari tu, aku terlepas cakap nak bagi hadiah PSP kat dia. Dah tak seprise. Tapi, dia bagitau, dia taknak PSP. Dia nak duit cash. Amboiiii... mata duitan sungguh. So, kensel la nak bagi PSP.

Dia dah plan awal-awal nak gi celebrate dengan kawan-kawan dia kat Desaru. Kemain Desaru. Malam Ahad tu, baru celebrate dengan family (potong kek sekali dengan Mama sebab birthday Mama esoknya). Kek Angry Bird merah. Hahahaha...Hasil pilihan aku dengan adik ipar (tak sempat snap gambar kek, aku duk sibuk dukung Aishah mongel).

Nak dijadikan cerita malam tu, Haris duduk atas pangku Pak Uteh dia berdepan dengan kek tu. Entah macam mana agaknya Haris excited sangat nak tengok kek Angry Bird dari dekat, tersadung sikit kepala dia kat kek tu. Adoila..nasib kek tak penyek. Cuma rambut Haris je tercalit krim merah menyala Angry Bird. Nasib baik Pak Uteh dia cekap tangkap badan dia dari terus jatuh atas kek. Hihihi...Kesian anak mama. Dapat la minyak rambut krim merah :) Ada aku post gambar dia tengah makan kek tu kat Instagram. Comot-comot mulut.




Thursday, October 18, 2012

#6 Hati Berdarah

Pernah derma darah? Tak pernah? Kenapa? Owhh...ada masalah. Takpe-takpe. Dimaafkan. Yang takde masalah tu, kenapa belum derma darah? Ahhaa....takut jarum?? Haihh....alasan.

Kelmarin ada kempen derma darah kat kampus. Aku memang bersemangat nak derma. Last sekali derma tahun 2009 (ceh, padahal tu baru 1st time pun). Ahahahaa... Lepas tahun tu, dah tak derma. Sebab? Pegnenkan anak-anak secara eksklusif. Wah gitu.. Time pegnen mana boleh derma darah. Lepas beranak, kena tunggu 6 bulan (kalau tak silap) baru bleh derma. Tapi, tak sempat nak sampai 6 bulan, tereksiden plak pegnen si adik. huahuahua...haruslah pegnen eksklusif kan. Heh..

Tahun ni tu la, ingat nak derma memandangkan umur Aishah da 8 bulan. Memang boleh sangat. Nak-nak pulak ada kempen ni kat kampus, so tak payah nak susah-susah pegi hospital ke, pusat darah negara ke untuk derma kan. Hari sebelum tu, dah berpakat dengan Nurul nak derma sekali. Tup-tup balik kerja, keluar   la pulak Si Merah. Wuwuwuwuwuu... punah harapan nak tambah sijil. Sudahnya, tunggu la kempen derma darah akan datang. Bila? Tak tau lagi...

*tajuk post tak memadan ;)

Wednesday, October 17, 2012

#5 Muhasabah Diri Sendiri

Pernah tak korang dapat email yang macam ni daripada bos korang?

Haaaaa.....amik ko terkena. Email daripada bos aku sendiri yang diterima hari ni. Mesti dia tak tahan gila dengan kebisingan budak-budak opis ni (termasuk aku). Serius kalau aku pun, akan buat benda yang sama. Korang bayangkan. Bos ni dah la sibuk dengan kerja-kerja dia. Nak-nak minggu konvo ni. Lagi la tensi. Yang kitorang ni plak macam tak reti bahasa. Tak tau nak hormat bos. Mentang-mentang la bos tu muda belia, ingat boleh pijak kepala la. Duk bising kukik kukik ketawa bedekah entah apa yang kelakar sangat tak tau la. Cuba la hormat sikit bila bos ada tu. Nak berdekah ketawa pun, usha line dulu, clear ke tak. Ini main belasah je.
Sape la aku nak tegur haipp..shhh...senyap skit bleh tak. Memang annoying. Memang patut bos bagi email macam ni. Sebenarnya aku rasa (ceh, padahal aku bising gak) bos dah lama tahan hati tu. Nak jaga hati punya pasal. Dan email ni buat aku muhasabah diri sekejap. Aku akan perbaiki diri supaya tak melakukan perkara-perkara lagha dalam pejabat. Yeah!!

*hahaha...aku dah edit entry ni. manalah tau ada yg kecik ati :)