Tuesday, October 30, 2012

#8 28 Tahun Encik Suami

28 Oktober 2012 hari tu adalah hari lahir En. Suami yang ke 28 tahun. Hoho... Sebelum ni dalam FB, aku ada mention nak cari Sony PSP sebagai hadiah. Tup-tup satu hari tu, aku terlepas cakap nak bagi hadiah PSP kat dia. Dah tak seprise. Tapi, dia bagitau, dia taknak PSP. Dia nak duit cash. Amboiiii... mata duitan sungguh. So, kensel la nak bagi PSP.

Dia dah plan awal-awal nak gi celebrate dengan kawan-kawan dia kat Desaru. Kemain Desaru. Malam Ahad tu, baru celebrate dengan family (potong kek sekali dengan Mama sebab birthday Mama esoknya). Kek Angry Bird merah. Hahahaha...Hasil pilihan aku dengan adik ipar (tak sempat snap gambar kek, aku duk sibuk dukung Aishah mongel).

Nak dijadikan cerita malam tu, Haris duduk atas pangku Pak Uteh dia berdepan dengan kek tu. Entah macam mana agaknya Haris excited sangat nak tengok kek Angry Bird dari dekat, tersadung sikit kepala dia kat kek tu. Adoila..nasib kek tak penyek. Cuma rambut Haris je tercalit krim merah menyala Angry Bird. Nasib baik Pak Uteh dia cekap tangkap badan dia dari terus jatuh atas kek. Hihihi...Kesian anak mama. Dapat la minyak rambut krim merah :) Ada aku post gambar dia tengah makan kek tu kat Instagram. Comot-comot mulut.




No comments: