Tuesday, October 30, 2012

#9 Kesalahan Pengguna Jalan Raya

Ini antara kesalahan-kesalahan pengguna-pengguna jalan raya yang aku dapat detect sepanjang aku memandu kereta pergi kerja dan balik kerja.

1. Berhenti dalam petak kuning
- disebabkan kereta kau seketul kat tengah-tengah petak tu, pengguna lain tak dapat lalu.

2. Potong line ikut emergency lane
- woi! orang lain pun nak cepat jugak. Orang macam ni memang aku tak bagi can masuk lane. Kita penat-penat ikut giliran, tuptup ada potong line secara haram. Ini boleh mendatangkan kemarahan.

3. Tak bagi signal 
- yang ni memang kerap sangat. Apa, kau ingat kami-kami ni tau ke kau nak pegi kanan, kiri? Lampu signal tu jadi perhiasan je gamaknya.

4. Mencelah time traffic jam
- dah la tak bagi signal, angkat tangan pun tidak. Rasa nak langgar je (aha, macam dalam iklan)

5. Pandu macam siput kat lane paling kanan
- hoi! kau tak nampak ke kereta berderet-deret kat belakang kereta kau tu? Siap bagi lampu lagi. Grrr...

6. Tak pasang lampu time hujan
- kereta mahal, mentol tak mampu beli

No. 3 adalah kesalahan yang paling banyak mendapat anugerah makian daripada aku. hahaha... Anda bagaimana?

No comments: