Wednesday, October 17, 2012

#5 Muhasabah Diri Sendiri

Pernah tak korang dapat email yang macam ni daripada bos korang?

Haaaaa.....amik ko terkena. Email daripada bos aku sendiri yang diterima hari ni. Mesti dia tak tahan gila dengan kebisingan budak-budak opis ni (termasuk aku). Serius kalau aku pun, akan buat benda yang sama. Korang bayangkan. Bos ni dah la sibuk dengan kerja-kerja dia. Nak-nak minggu konvo ni. Lagi la tensi. Yang kitorang ni plak macam tak reti bahasa. Tak tau nak hormat bos. Mentang-mentang la bos tu muda belia, ingat boleh pijak kepala la. Duk bising kukik kukik ketawa bedekah entah apa yang kelakar sangat tak tau la. Cuba la hormat sikit bila bos ada tu. Nak berdekah ketawa pun, usha line dulu, clear ke tak. Ini main belasah je.
Sape la aku nak tegur haipp..shhh...senyap skit bleh tak. Memang annoying. Memang patut bos bagi email macam ni. Sebenarnya aku rasa (ceh, padahal aku bising gak) bos dah lama tahan hati tu. Nak jaga hati punya pasal. Dan email ni buat aku muhasabah diri sekejap. Aku akan perbaiki diri supaya tak melakukan perkara-perkara lagha dalam pejabat. Yeah!!

*hahaha...aku dah edit entry ni. manalah tau ada yg kecik ati :)

No comments: