Thursday, October 18, 2012

#6 Hati Berdarah

Pernah derma darah? Tak pernah? Kenapa? Owhh...ada masalah. Takpe-takpe. Dimaafkan. Yang takde masalah tu, kenapa belum derma darah? Ahhaa....takut jarum?? Haihh....alasan.

Kelmarin ada kempen derma darah kat kampus. Aku memang bersemangat nak derma. Last sekali derma tahun 2009 (ceh, padahal tu baru 1st time pun). Ahahahaa... Lepas tahun tu, dah tak derma. Sebab? Pegnenkan anak-anak secara eksklusif. Wah gitu.. Time pegnen mana boleh derma darah. Lepas beranak, kena tunggu 6 bulan (kalau tak silap) baru bleh derma. Tapi, tak sempat nak sampai 6 bulan, tereksiden plak pegnen si adik. huahuahua...haruslah pegnen eksklusif kan. Heh..

Tahun ni tu la, ingat nak derma memandangkan umur Aishah da 8 bulan. Memang boleh sangat. Nak-nak pulak ada kempen ni kat kampus, so tak payah nak susah-susah pegi hospital ke, pusat darah negara ke untuk derma kan. Hari sebelum tu, dah berpakat dengan Nurul nak derma sekali. Tup-tup balik kerja, keluar   la pulak Si Merah. Wuwuwuwuwuu... punah harapan nak tambah sijil. Sudahnya, tunggu la kempen derma darah akan datang. Bila? Tak tau lagi...

*tajuk post tak memadan ;)

No comments: